Saturday, February 27, 2010

SEJARAH UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Sejarah Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah


Sejarah perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan bermula seawal pembukaan sekolah ini iaitu pada 5 Januari 1998. Sekolah ini siap dibina dengan bilik Bimbingan dan Kaunseling yang terletak di tingkat 4 blok B. Semasa pembukaan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan hanya seorang kaunselor yang bertugas iaitu En Mohd Fizer Bin Mohd Ali. Hal ini demikian kerana bilangan pelajar yang hanya anggaran kurang daripada 500 orang. Tahun demi tahun terdapat peningkatan dalam bilangan pelajar yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan. Oleh itu, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang telah menghantar dua orang kaunselor di sekolah ini pada tahun 2002. Kaunselor ini adalah Pn Norazizah bt Hj. Kamarudin dan Pn. Low Dwee Choo. Bilik Bimbingan dan Kaunseling ini telah diubahsuai dari keadaan asal kepada satu bilik yang lebih luas dan selesa bermula pada 2004. Pengubahsuaian ini melalui fasa terakhir iaitu pada tahun 2007 dan pengubahsuaian ini berkekalan sehingga ke hari ini. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di SMK Pandan ini mengalami transisi dan perkembangan yang baik kerana kerap didatangi oleh pelajar yang memerlukan khidmat bimbingan mahupun kaunseling daripada kaunselor-kaunselor sekolah. Ini menunjukkan penerimaan yang baik oleh pelajar-pelajar dan seluruh warga sekolah. Kini, bilik bimbingan dan kaunseling berada di dalam keadaan yang selesa dan lengkap dengan kemudahan yang ada hasil usaha kaunselor dan pihak sekolah yang mahukan perkhidmatan terbaik kepada seluruh warga sekolah.

No comments:

Post a Comment