Saturday, February 27, 2010

SEJARAH SEKOLAH

SMK Pandan yang terletak di kawasan Kampung Pandan iaitu kira-kira 13.5 kilometer dari Bandar Kuantan. Sekolah ini berhampiran dengan perumahan Taman Tas, Kampung Chendering dan Kampung Lubuk Puyu. Oleh itu, kebanyakan pelajar sekolah ini adalah penduduk petempatan ini. Bangunan sekolah siap dibina pada 19 Disember 1997 dan penyerahan tapak yang lengkap dengan segala peralatan pejabat, kelas, dan seumpamanya telah dibuat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang pada tarikh yang sama kepada Pengetua pertama Sekolah menengah Kebangsaan Pandan iaitu Puan Azizah Binti Idris.

Pada tanggal 22 Disember 1997, mesyuarat Pre Caunsel yang melibatkan para pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan, pentadbir dan guru-guru sekolah ini telah diadakan bagi menyusun perancangan sekolah bagi memastikan kelancaran perjalanan tahun pertama sekolah ini. Sekolah ini memulakan operasinya pada 5 Januari 1998 dengan tenaga pengajar seramai 22 orang guru siswazah dan 24 orang guru bukan siswazah serta 7 orang kakitangan bukan akademik. Semasa awal penubuhan sekolah ini, kemudahan fizikal yangdisediakan mencukupi untuk kegiatan akademik mahupun kokurikulum.


No comments:

Post a Comment