Monday, March 8, 2010

PERSAHABATAN



Mencari persahabatan itu seperti kita memasukkan benang dalam lubang jarum…

Sulitnya mencari seorang sahabat itu boleh digambarkan ketika kita berusaha memasukkan benang ke dalam lubang jarum. Ada saja halangan atau rintangan yang dihadapi saat kita berusaha memasukkan benang dalam jarum, ada angin, mata kita yang kurang fokus, tempat yang kurang terang dan lain-lain.

Namun setelah kita berhasil melawan rintangan yang ada, akhirnya benang boleh masuk ke dalam jarum, itulah saat-saat yang menggambarkan bahawa kita telah berhasil mendapatkan seorang sahabat. Setelah jarum dan benang telah bersatu, tibalah saatnya kita menjahit. Dalam hal ini kita sebagai jarum dan sahabat kita sebagai benang, bersama-sama menganyam peristiwa-peristiwa manis dan indah sehingga menjadi anyaman menarik berupa kenangan terindah di hidup kita….

Itulah Sahabat, seseorang yang kita peroleh dari pengorbanan dalam kehidupan kita. Yang awalnya pahit namun berakhir manis (^^)

Thursday, March 4, 2010

USAH BERLENGAH ISI BORANG TALIAN UPU

Usah lengah isi borang talian UPU
Oleh Suliati Asri

suliati@hmetro.com.my
2010/03/01


DEBARAN menunggu keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sudah terlerai, tetapi bagi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dengupan penantian belum reda.

Keputusan di peringkat SPM dan STPM penting kerana ia bakal menentu hala tuju pelajar, sama ada mencongak ke menara gading, memohon pekerjaan atau mengambil jurusan kemahiran atau teknikal. Bagi yang bersedia, mereka sudah tahu apa yang patut dilakukan selepas mendapat keputusan peperiksaan kelak.


Namun, ramai masih keliru serta tidak tahu hala tuju selepas SPM atau STPM apatah lagi jika gagal melanjutkan pengajian di menara gading walaupun mendapat keputusan cemerlang.


Justeru, bagi pelajar SPM atau STPM, ke mana hala tuju mereka selepas mendapat keputusan peperiksaan? Mengapa menunggu terlalu lama untuk menentukan masa depan sedangkan mereka sepatutnya sudah bersedia atau berbincang dengan guru kerjaya selepas peperiksaan.


Penolong Pengarah Unit Kaunseling, Sektor Kaunseling dan Disiplin, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran, Raja Mazlan Raja Shahdan, berkata pelajar sepatutnya tiada masalah menentukan hala tuju selepas SPM atau STPM.


Beliau berkata, sebelum peperiksaan, mereka mengikuti beberapa sesi peluang kerjaya atau bidang pengajian yang bersesuaian dengan minat dan pencapaian akademik.

"Debaran atau risau menunggu keputusan peperiksaan adalah lumrah kepada setiap pelajar, namun jika pelajar keliru dan tidak tahu hala tuju, ia tidak sepatutnya berlaku.


"Di sekolah menengah, pelajar didedahkan kaedah memilih bidang atau kerjaya yang sesuai dengan minat dan akademik," katanya.


Menurutnya, unit kaunseling di sekolah berfungsi membantu pelajar, jadi tidak timbul soal tidak tahu ke mana hendak pergi selepas SPM atau STPM.


"Apa yang penting, pelajar perlu melihat kesesuaian minat dengan keputusan akademik.


"Jika berminat dan akademik pula baik, ia tiada masalah. Tetapi jika minat tidak sesuai dengan akademik, guru kaunseling akan memberi panduan," katanya.


Raja Mazlan berkata, masalah yang mungkin berbangkit bagi pelajar lepasan SPM atau STPM sekarang ialah penempatan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menerusi pengisian borang Unit Pengambilan Universiti (UPU).


"Selesai saja menduduki peperiksaan, pelajar perlu mengisi borang UPU secara talian ke IPTA.


"Selepas mendapat keputusan, mereka hanya perlu mengemas kini borang yang diisi dan kelayakan mereka memasuki IPTA akan dinilai secara terus.


"Tetapi kelambatan pelajar mengisi borang UPU menyebabkan peluang mereka ke IPTA tipis walaupun mendapat keputusan cemerlang. "Perkara ini banyak berlaku kerana kesilapan pelajar sendiri tidak mengemas kini secepat mungkin," katanya.


Katanya, jika lambat memang sukar untuk menangani apatah lagi penempatan pelajar baru ke IPTA terhad.

"Mungkin apabila mereka memohon dan diterima, pelajar yang sepatutnya mendapat penempatan itu terpaksa dikeluarkan dan digantikan pelajar yang lambat mengisi borang UPU.


"Ia pasti mengecewakan pelajar yang mendapat tawaran awal dan tidak adil kepada pelajar yang mengisi borang UPU lebih awal," katanya.


Justeru, bagi pelajar SPM yang keputusannya akan diumumkan minggu ini, beliau meminta mereka mengisi borang UPU secepat mungkin. "Jangan kerana kelalaian anda, pelajar lain terpaksa menanggung akibat dan kementerian dipersalahkan," katanya.


Ditanya pemilihan bidang di universiti, katanya, pelajar patut pilih mengikut minat, tetapi ia turut mengambil kira keputusan peperiksaan.


"Minat dan kelayakan akademik memang perkara utama dalam membuat keputusan, tetapi jangan lupa mengambil kira pasaran kerjaya.


"Jika memilih bidang yang mudah mendapat pekerjaan, ia memang baik. tetapi jika sebaliknya, jangan menyesal apabila keluar dari universiti kelak, anda masih menganggur untuk beberapa tahun," katanya.


Semua bidang kerjaya mempunyai saingan kerana setiap tahun ramai pelajar menamatkan pengajian.


"Saya cadangkan supaya pelajar bijak dan berani memilih bidang yang baru ditawarkan di universiti kerana peluang mendapat pekerjaan lebih luas.


"Tetapi, jika mengikuti kursus yang mudah atau ramai yang mengikutinya, mereka mungkin berdepan masalah nanti," katanya.


Ketika mengisi borang UPU dan memilih IPTA, Raja Mazlan menasihatkan pelajar memilih yang terbaik untuk diri sendiri dan tidak mengikut cakap kawan atau orang lain.


"Ada sanggup memilih kursus tertentu dan universiti yang tidak sesuai kononnya tidak mahu berpisah dengan kawan baik atau kekasih.


"Akhirnya, apabila gagal, mereka terpaksa menggigit jari," katanya.


Beliau mengakui peranan ibu bapa penting bagi pelajar lepasan SPM atau STPM kerana mereka lebih berpengalaman.


"Cuma, ibu bapa jangan memaksa anak-anak mengambil jurusan pilihan mereka, tetapi memberi nasihat dan pandangan bernas.


"Memang ada ibu bapa bercita-cita mahu anak mereka mengambil kursus tertentu, sedangkan si anak tidak berminat dan mempunyai impian sendiri.


"Di tahap ini, saya berharap ibu bapa jangan memusnahkan masa depan anak-anak hanya kerana mahu mengambil kursus tertentu," katanya.

Wednesday, March 3, 2010

KU MOHON....



Kita memohon Kekuatan…
Dan Tuhan memberikan kita kesulitan-kesulitan untuk membuat kita tabah.
Kita memohon kebijaksanaan…
Dan Tuhan memberikan kita pelbagai persoalan Hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana.
Kita memohon kemakmuran…
Dan Tuhan memberikan kita Otak dan Tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya dalam mencapai kemakmuran.
Kita memohon Keteguhan Hati…
Dan Tuhan memberikan Bencana dan Bahaya untuk diatasi.
Kita memohon Cinta…
Dan Tuhan memberikan kita orang-orang bermasalah untuk diselamatkan dan dicintai.
Kita Memohon kemurahan dan kebaikan hati…
Dan Tuhan memberikan kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti.

Hidup Adalah Perjuangan



Artist  : Dewa 19
Song : Hidup Adalah Perjuangan


HIDUP ADALAH PERJUANGAN

Di antara ciri orang mukmin yang sejati ialah berjuang pada jalan Allah dengan harta dan nyawa ( harta kekayaan dan jiwa raga ), sesuai dengan firman Allah swt. yang mafhumnya : “ Berjuang dengan hartabenda dan diri pada jalan Allah “.

( QS al-Hujrat ayat 15 ).

Sejak zaman permulaan perkembangan Islam, isteri Rasulullah saw., Siti Khadijah, telah menunjukkan satu contoh tentang kesediaan mengeorbankan hartabenda itu untuk kepentingan jihad ( perjuangan ) pada jalan Allah ( Islam ). Tidak sedikit jumlahnya kekayaan Siti Khadijah yang didermakan untuk kelancaran Dakwah Islamiyah .

Abu Bakar Siddiq adalah seorang hartawan yang banyak mengorbankan hartabendanya terhadapa perjuangan Islam, sehingga Rasulullah merasa cemas kalau-kalau Abu Bakar Siddiq kekurangan harta untuk memenuhi kewajiban nafkah kaum keluarga dan anak-anaknya, sebab terlalu banyak yang disumbangkannya untuk kepentingan menegakkan Islam.

Pada suatu ketika, Rasulullah saw.bertanya kepada Abu Bakar : “ Apakah lagi (hartabenda) yang akan engkau tinggalkan untuk anak-anakmu, ya Abu Bakar ?”.

Abu Bakar menjawab : “ Saya tinggalkan ( untuk anak-anak saya ) Allah dan rasulNya “.

Umar bin Khattab adalah juga seorang hartawan yang paling dermawan. Memperhatikan kedermawanan Umar ini, maka Rasulullah Saw. oernah juga mengajukan pertanyaan kepadanya : “ Apakah yang akan engkau tinggalkan , ya Umar , untuk kaum keluargamu ?”

Umar bin Khattab menjawab : “ Saya tinggalkan untuk mereka itu separoh kekayaan saya “.

Usman bin Affan , pada masa terjadi krisis ekonomi di Madinah, telah memasukkan bahan makanan dari negeri Syam, yang mana dibawa oleh 1000 ekor unta , dan kesemuanya disumbangkannya untuk ummat yang sedang mengalami kebuluran dan menderita? Ketika terjadi peperangan Tabuk , Usman bin Affan jualah yang telah memberikan sumbangan yang luarbiasa jumlahnya, sehingga Rasulullah saw. menadahkan tangan baginda dengan berdoa :“ Ya Allah ! berikanlah redaMu kepada Usman. Sesungguhnya saya cukup puas dan reda ( atas pengorbanannya) itu”.

Adapun perjuangan fie Sabilillah (perjuangan pada jalan Allah) secara fizikal telah ditunjukkan oleh Bilal bin Rabah, yang mana ia diseksa dan dianiaya oleh majikannya, Umayyah bin Khalaf, kerana dia telah berani memeluk Islam. Dia dibogelkan, diikat tangan dan kakinya, ditimpa dengan batu besar di atas dadanya, dijemur pada panas matahari yang begitu terik, dipaksa supaya ia murtad kembali, tetapi dia tetap berkata : “ Ahad!Ahad! Allah Esa ! “

Beratus-ratus jumlahnya para Sahabat dan pejuang-pejuang Islam lainnya yang memandang kecil erti maut, tidak gentar menghadapi tiang gantung, reda hancur dan luluh laksana lilin, kerana mempertahankan akidah dan iman.

Wallalhu A’lam.

sumber : http://hikmah.org.my

KEJAYAAN HAK MILIK SETIAP INSAN

BAHAGIAKAN IBU BAPA KITA...


10 cara membahagiakan ibubapa


Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.

Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa.

Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang.

Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1.
Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2.
Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3.
Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).

4.
Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5.
Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??

Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.

6.
Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

7.
Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8.
Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9.
Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10.
Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.

Solat tak ...?


SOLAT ITU TIANG AGAMA...
KARTUN PUN SOLAT KAN...TAKKAN KITA MANUSIA TAK SOLAT
KAN?KAN?KAN?