Showing posts with label SEKOLAH. Show all posts
Showing posts with label SEKOLAH. Show all posts

Saturday, February 27, 2010

VISI DAN MISI SEKOLAH



VISI


Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan

cemerlang di Daerah Kuantan

tahun 2010


MISI


Memberi pendidikan komprehensif

melalui pelaksanaan program kurikulum,

kokurikulum

dan bina insan yang terancang,

sistematik dan berkesan.

FALSAFAH SEKOLAH

Falsafah Sekolah


Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Berkeyakinan Bahawa Setiap Individu Memiliki Potensi Diri Jika Di asuh, Dididik Dan Dilatih Dengan Sempurna Secara Berterusan Akan Dapat Mewujudkan Insan yang Berilmu, Berakhlak Dan Berketrampilan Selaras Dengan Falsafah Pendidikan Negara.

LAGU SEKOLAH


MARI MENYANYI LAGU SEKOLAH

(Mula Dimainkan Pada 23 Mac 1999 Semasa Pelancaran Lagu Dan Bendera Sekolah)

Kita menabur jasa

Pada agama dan negara

Kita semua mempunyai misi

Yang perlu direalisasi

Marilah tanam dijiwa

Kita membina cita-cita

Bersama-samalah Beriltizam

Menuju Kecemerlangan

Rohani, emosi

Jasmani, ilmu pengetahuan

Kita kuasai

Itulah tujuan harapan

Tekad kami pelajar

Berwawasan bersatu hati

Mencapai hasrat supaya harum

Namamu SMK Pandan


(Gubahan: En. Ahmad Omar (JPNP) - Lirik: Pn. Mazlina Zulkifli dan En. Ahmad Omar)



SEJARAH SEKOLAH

SMK Pandan yang terletak di kawasan Kampung Pandan iaitu kira-kira 13.5 kilometer dari Bandar Kuantan. Sekolah ini berhampiran dengan perumahan Taman Tas, Kampung Chendering dan Kampung Lubuk Puyu. Oleh itu, kebanyakan pelajar sekolah ini adalah penduduk petempatan ini. Bangunan sekolah siap dibina pada 19 Disember 1997 dan penyerahan tapak yang lengkap dengan segala peralatan pejabat, kelas, dan seumpamanya telah dibuat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang pada tarikh yang sama kepada Pengetua pertama Sekolah menengah Kebangsaan Pandan iaitu Puan Azizah Binti Idris.

Pada tanggal 22 Disember 1997, mesyuarat Pre Caunsel yang melibatkan para pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan, pentadbir dan guru-guru sekolah ini telah diadakan bagi menyusun perancangan sekolah bagi memastikan kelancaran perjalanan tahun pertama sekolah ini. Sekolah ini memulakan operasinya pada 5 Januari 1998 dengan tenaga pengajar seramai 22 orang guru siswazah dan 24 orang guru bukan siswazah serta 7 orang kakitangan bukan akademik. Semasa awal penubuhan sekolah ini, kemudahan fizikal yangdisediakan mencukupi untuk kegiatan akademik mahupun kokurikulum.